Memberikan ketenangan fikiran kepada pekerja-pekerja asing semasa mereka bertungkus-lumus bekerja demi masa depan yang lebih baik untuk keluarga mereka.
Diwajibkan ke atas semua pekerja asing yang disahkan atas
arahan Jabatan Imigresen Malaysia. Jaminan Insurans Pekerja Asing merupakan surat jaminan yang diwajibkan oleh Jabatan
Imigresen Malaysia dari majikan sebagai cagaran untuk pekerja-pekerja asing yang bekerja
di dalam sektor-sektor yang dibenarkan.
Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja
Asing (SKHPPA/FWHS)
Diwajibkan ke atas semua pekerja asing yang disahkan atas
arahan Kementerian Kesihatan Malaysia. Skim ini direka khusus untuk pekerja asing yang mengalami kemalangan ataupun penyakit
untuk mengurangkan beban kos rawatan hospital dan pembedahan yang semakin meningkat.
Kemasukan Tanpa Tunai
Kemasukan ke hospital melalui skim ini tidak memerlukan sebarang pembayaran. Skim ini
hanya membenarkan kemasukan ke hospital kerajaan (wad kelas ketiga) sahaja. Pengecualian
diberikan kepada kes-kes kecemasan akibat kemalangan yang memerlukan rawatan dengan
kadar segera di hospital swasta. Pasport asal mesti dikemukakan untuk tujuan pengesahan
apabila memasuki hospital.
Jadual Faedah dan Manfaat
Sebutharga Insurans Pekerja Asing
Skim Insurans Pekerja Asing. FWIG/FWHS/SPIKPA
Memberikan ketenangan fikiran kepada pekerja-pekerja asing semasa mereka bertungkus-lumus bekerja demi masa depan yang lebih baik untuk keluarga mereka.