Panduan & Soalan Lazim (FAQ)

Cari jawapan ringkas dan panduan untuk memulakan urusan insurans atau roadtax.

Soalan Lazim (FAQ)

Bagaimana cara renew insurans dan roadtax?

Pilih jenis kenderaan dan hubungi kami di WhatsApp. Kami semak keperluan dahulu; anda boleh pertimbangkan sebut harga sebelum teruskan.

Bolehkah renew jika roadtax sudah tamat?

Boleh minta semakan. Langkah seterusnya bergantung pada keadaan rekod kenderaan dan syarat semasa pihak berkaitan.

Apakah maklumat awal yang diperlukan?

Untuk pertanyaan awal, beritahu jenis kenderaan, jenis urusan dan anggaran tarikh tamat jika tahu. Jangan hantar IC, pasport, dokumen atau butiran bank pada borang ini.

Bolehkah saya urus kenderaan yang masih dalam pinjaman bank?

Maklumkan status pinjaman untuk semakan. Keperluan perlindungan dan dokumentasi boleh berbeza mengikut pembiaya dan polisi.

Adakah urusan ini melibatkan JPJ?

Roadtax ialah Lesen Kenderaan Motor. Semak kaedah pembaharuan dan paparan e-LKM di portal rasmi JPJ.

WhatsApp